Bahagian Penjaja Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Terdapat TIGA kategori lesen penjaja iaitu :
Penjaja Statik
Seseorang yang mendirikan gerai di sesuatu tempat awam atau tempat persendirian dan menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan,minuman atau barang-barang daripada apa-apa jenis.
Contoh : Gerai statik, UPEN PLB (mempunyai struktur kekal)
Penjaja Sementara
Seseorang yang kadangkala mendirikan gerai dan menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang-barang daripada jenis di petak yang ditetapkan bagi maksud itu, dan hendaklah memindahkan dari petak atau tapak gerai, kenderaan atau lain-lain alat yang berkaitan dengan perniagaannya pada waktu perniagaaan ditutup tiap-tiap hari atau tiap-tiap malam.
Contoh : Pasar malam, pasar pagi, pasar juadah, burger, bunga, kuih muih, nasi lemak, (Tiada struktur kekal kecuali kiosk MPAJ)
Penjaja Beredar
Seseorang yang dengan atau tanpa kenderaan pergi dari setempat ke setempat untuk mendedahkan membahagi / menyerahkan untuk mendedahkan membahagi atau menyerahkan untuk jualan makanan, minuman,atau barang dari apa-apa jenis serta begerak dan tidak menetap di sesuatu tempat
Contoh : Menjual roti, surat khabar dan aiskrim